Showing posts with label MY LIFE STORY. Show all posts
Showing posts with label MY LIFE STORY. Show all posts

GUNA WASHI TAPE UNTUK HIAS HASIL KRAFTANGAN - LIPBALM HOMEMADE

Assalammualaikum semua...
Harini cuaca suram dan muram je...Kat luar sedang hujan..Sejuk wooo...walaupun jam di dinding belum pukul satu tengahari lagi. Kalau tak hujan mesti tengah panas terik dah waktu waktu macamni...

Harini saya nak berbicara tentang tajuk GUNA WASHI TAPE UNTUK HIAS HASIL KRAFTANGAN - LIPBALM HOMEMADE...yang lipbalm homemade tu saya punya. Tidak semestinya untuk lipbalm homemade je...Semua hasil kraftangan korang boleh guna washi tape untuk hias bagi lebih menarik. Sebenarnya banyak kegunaan washi tape ni untuk mereka yang berjiwa kreatif dan comel comel gitu hihihi...

GUNA WASHI TAPE UNTUK HIAS HASIL KRAFTANGAN - LIPBALM HOMEMADE

GUNA WASHI TAPE UNTUK HIAS HASIL KRAFTANGAN - LIPBALM HOMEMADE

GUNA WASHI TAPE UNTUK HIAS HASIL KRAFTANGAN - LIPBALM HOMEMADE

Semalam ada customer berkenan dengan lipbalm organik homemade yang saya buat haritu. So saya dengan tabahnya melilit washi tape ni disetiap bekas lipbalm untuk nampak lagi comel. Cer korang tengok comel kan??? (heheeh perasan pula) haritu saya ada tengok ada sorang adik ni hias washi tape ni kat key board laptop dia memang cantik gila...kemas je nampak...

GUNA WASHI TAPE UNTUK HIAS HASIL KRAFTANGAN - LIPBALM HOMEMADE

Ni koleksi washi tape yang saya ada untuk persediaan saya nak guna kat mana-mana hasil homemade saya nak bagi nampak lagi cantik. takde la banyak sangat sebab saya baru nak cuba-cuba je kan...Washi tape ni saya beli dari sorang amoy yang jual washi tape dan pelbagai jenis sticker yang cantik cantik khas untuk mereka yang suka buat benda kreatif atau DIY... kalau korang nak beli juga boleh tengok dan pilih kat SINI. Kalau ada yang tak faham korang boleh je terus whatsapp amoy ni, no whatsapp dia ada kat dalam link tu. Saya suka sangat berurusan dengan amoy ni sebab dia sangat entertain bila kita tanya soalan...Tak pernah lewat respond walaupun kita banyak soal...Dan tak jemu untuk jawab soalan walaupun saya belum pasti lagi nak beli hehehe...susah nak dapat seller macamni zaman sekarang...Hargapun takde la mahal sangat kalau dibandingkan dengan service yang diberikan

Rasanya ini je kot yang saya nak bagitahu...ahaaaa...ada satu benda lupa nak bagitahu...washi tape ni lebih kurang macam tape kertas yang plain yang kita boleh beli kat kedai tu tapi bezanya dia ada corak corak yang menarik dan ada saiz yang kita boleh pilih. Saya dah test guna dia senang nak lekat dan kalau kena air tiada masalh...tapi selepas korang tape la...kalau tape atas permukaan yang basah mana-mana tape pun tak boleh kannn...hehehe...saya tiada masalah bila nak lekatkan washi tape kat lipbalm saya...senang je nak lekat dan kemas...

Sebagai penutup kalau korang yang minat berkreatif seperti saya bolehlah dapatkan washi tape ni...Nak lekat kat handphone korang ke...cantik juga hehehe....Thank's sudi singgah sini...Thank's juga pada amoy washi tape ni sebab layan saya sebelum saya beli washi tape dari awak...hehehe...dan pada korang yang nak beli lipbalm comel ni pula leh roger roger saya eh...

Wassalam

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME

Bismillah...
Assalammualaikum sahabat sekalian...
Topik harini lari konsep sikit dari biasa...Rasa macam bosan pula asyik cerita pasal benda yang sama so kita lari sekejap dari produk organik homemade dan kita masuk ke tajuk KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME ya...Bukan apa saya pilih tajuk ni sebab saya nak share kepada ibu bapa kat luar sana kalau-kalau mereka terlepas pandang perkembangan anak-anak mereka yang akan memberi kesan pada masa akan datang

Sebelum saya mulakan bicara tentang tajuk kita pada harini saya ingin membuat sedikit penafian disini sebab saya takut kenyataan saya akan menjadi satu isu berbangkit maka saya menafikan segala cerita ini bukan di reka-reka untuk kepentingan sendiri. Segala yang akan dicoret disini adalah pengalaman saya sendiri dan saya akan ambil sedikit sumber lain sebagai rujukan. Maka,segala isi kandungan dalam entri ini adalah sahih menurut apa yang saya sendiri lalui

Sebelum saya mulakan saya akan bagitau korang apa maksud sebenarnya autisme yang selalu korang dengar orang cerita. Autisme adalah satu ganguan perkembangan kompleks dimana gejalanya akan mula dikesan seawal umur 3 tahun yang dapat dilihat dari segi komunikasi,interaksi mereka dengan persekitaran dan sikap mereka menjalani kehidupan. Dari mata kasar yang boleh dilihat atau dikenalpasti anak autisme mempunyai masalah mempergunakan bahasa(bercakap/bertutur) dan membentuk hubungan(bergaul) dengan adik beradik atau orang sekeliling. Lebih banyak ciri-ciri lain yang korang boleh lihat lagi dari anak autisme yang mampu korang kesan dari awal

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME

Baiklah...Gambar di atas ini adalah anak saya. Anak saya adalah anak istimewa walaupun bila dipandang pada fizikalnya dia adalah seperti anak-anak normal yang lain. Namanya Ammar Rayyan Shah berumur 6 tahun. Ammar ada seorang abang dan seorang adik yang jarak umur 2tahun lebih daripada Ammar

Dulu saya bekerja...Pergi kerja pagi balik malam sebab obses sangat dengan kerja. So macam kurang perasan dengan perkembangan Ammar. Tapi masa Ammar berumur 20bulan(1 tahun 8bulan) saya berhenti kerja sebab ikut suami berpindah ke johor atas tuntutan kerja. Masa tu saya fikir saya akan cari kerja bila dah pindah johor sebab saya dah biasa berkerja macam tak syok pula kalau tak kerja...Itulah yang ada dalam otak saya tapi saya perlu cari pengasuh untuk anak saya dahulu

Bila sampai di johor saya tidak dapat mencari pengasuh anak saya yang menepati ciri-ciri yang saya inginkan seperti pengasuh lama anak saya. So, oleh kerana saya tidak berjaya mencari pengasuh saya pun membuat keputusan untuk menjaga anak-anak saya sendiri. Mulai saat itu saya menggalas tugas sebagai surirumah sepenuh masa. 

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME
~ Ammar ketika 20 bulan ~

Sejak saya menjaga Ammar saya tidak nampak apa-apa yang pelik tentang dirinya cuma yang saya musykil kenapa Ammar tak bercakap dan respond,walaupun dia lapar,berak atau sakit. Ya...sebelum ni memang saya tak perasan sebab saya pergi kerja pagi suami yang hantar anak ke rumah pengasuh...malam saya balik rumah pukul 8 anak-anak dah ada kat rumah tunggu masa nak tidur pukul 9,kadang-kadang saya balik anak-anak dah tidur...

Saya betul-betul ada masa yang berkualiti untuk anak-anak pada hari ahad sahaja...hari lain cuma sejam dua bersama anak-anak yang saya sendiri tak boleh nak perasan perkembangan mereka. Semua saya serahkan kepada pengasuh yang saya anggap seperti kakak saya sendiri. Keluarganya sayangkan anak-anak saya buktinya mereka sanggup ke johor daripada selangor semata-mata nak melepaskan rindu pada anak-anak saya

Saya fikir benda ni mungkin normal sebab baru umur 20bulan takde apa-apa kot. Saya nak tunggu umur Ammar 2 tahun untuk dengar dia panggil saya "Ibu". Tak sabar rasanya nak tunggu saat Ammar nak mula bercakap tetapi bila umur dah 2 tahun Ammar masih tak nak buka mulut. Saya perhatikan Ammar suka bermain sendiri daripada bermain dengan abangnya. Bila dia dapat sesuatu benda permainan dia akan layan benda tu seolah-olah hanya dia dan benda tu je ada dalam dunia ni...Hehehe sedih taw...Ini adalah salah satu tanda-tanda anak autism ya korang...Anak autism akan duduk dalam dunia mereka sendiri

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME

Ammar seorang yang tak reti duduk diam. Dia seorang yang sangat aktif. Kalau balik kampung kena plan betul-betul.Kena bagitau atok dan wan nya kami nak balik supaya barang-barang bahaya(contoh pasu hiasan takut pecah) perlu disorokkan sebab Ammar ni akan pusing satu rumah tanpa henti kecuali masa tidur dia akan berhenti huhuhu...Kami suami isteri adalah keluarga yang paling aktif bergerak bergilir-gilir untuk mengejar Ammar. 

Kami kena follow Ammar sepanjang masa sebab takut ada benda yang bahaya akan berlaku kalau Ammar hilang dari radar hehehe...Yela...Ammar kan tak boleh cakap nanti kalau hilang nak panggil pun dia bukan faham kita panggil dia...Dia wat bodoh jela... Maka rumah ibu bapa kami terpaksa di renovate sementara kami berada di kampung iaitu terpaksa letak pagar setiap pintu yang ada bagi menjamin keselamatan Ammar. Masa kami balik terpaksalah keluarga kami yang lain buat senaman kaki untuk melangkah pagar...hehehe

Bila Ammar dah umur lebih 2 tahun saya dah rasa tak sedap hati sebab tengok Ammar kurang respond bila saya panggil,bagi arahan usah cakap la...bagaikan angin lalu je cakap-cakap kita ni kat dia...langsung tiada respond...panggil pon buat tak tahu je...huhuhu...sedih gila bila diperlakukan begitu oleh anak sendiri...Yang lebih menyedihkan saya Ammar langsung takde respond rasa lapar...dia buat tak tahu je...saya yang terhegeh-hegeh bagi susu@makan ikut masa ...

Kalau saya tak bagi dia tak minta pun. Pernah sekali saya cuba tak bagi susu pada masa yang ditetapkan dia buat bodoh je...takde pun usaha dia nak minta...kesian pula saya buli Ammar macamtu. Ini juga adalah salah satu simptom autisme yang korang boleh tengok pada anak korang. Saya disahkan mengandung anak ke-3 ketika itu

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME

Bila saya dah rasa lain macam terus bawa Ammar pergi klinik kesihatan untuk tahu apa sebenarnya masalah Ammar ni. Risau saya terlepas pandang sesuatu. Doktor cakap mungkin ada masalah "speech delay" dan Ammar dirujuk ke pakar Hospital Kluang. Okeh...lega sikit saya rasa, sebab saya akan dapat tahu apa yang sebenarnya Ammar hadapi. Lepas jumpa pakar,kami diberi 2 appoinment untuk pakar pertuturan dan Audio sebab untuk pastikan Ammar tiada masalah telinga sebab tiada respond bila panggil dia kan...Tapi bila bunyi petir dia akan tutup telinga...Mungkin juga dia hanya dengar bunyi yang kuat sahaja...masalahnya saya pernah panggil Ammar guna volume tarzan dia tetap bersikap acuh tak acuh je acano tu? huhuhu

Maka,kamipun dengan tabahnya membawa Ammar pergi ke Pakar untuk tahu apa masalah Ammar sebenarnya walaupun agak jauh juga hospital dari rumah kami. Takpela...demi kebaikan Ammar kami dayakan...Pemeriksaan telinga Ammar tidak berjaya sebab dia tak reti duduk diam. Seminit pun tak bagi can kat doktor nak jalankan tugas. Nak pujuk memang tak dapatla...last-last doktor bagi surat untuk pergi ke Hospital Batu pahat untuk audio...bagi Ammar pengsan dulu...huhuhu..Tapi kami tak pergi pun sampai sekarang

Inilah kesilapan yang kami buat,sebab terlalu dengar cakap orang. Ramai orang yang bagi komen pada kami yang Ammar ni sebenarnya ok tapi saja malas nak bercakap. Saudara mara semua cakap macamtu. Sampai ada yang cakap mungkin ada sesuatu yang mistik tentang Ammar. Kami secara tak langsung menganggap benda ni ada benarnya. kami berbelah bahagi...takut ada...risau ada...Nak pergi hospital Batu Pahat lagi...dahla kami orang baru kat johor...dengan nak bawa Ammar lagi yang tak reti duduk diam...Macam-macam halangan yang terpaksa dihadapi. Sebab itulah kami tak dapat pergi untuk buat ujian telinga untuk Ammar. Kami cuma jalani terapi cara kerja(pertuturan) sahaja untuk Ammar itupun hanya beberapa kali(4@ 5 kali saya dah lupa)

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME
~ bukan dalam rumah je berpagar...dalam keretapun kami kena pagar~

Terapi Ammar terpaksa kami hentikan sebab saya terpaksa berkampung di Hospital Kluang selama 5minggu sebab tumpah darah. Rupa-rupanya saya ada masalah dengan kandungan uri bawah (plasenta previa tahap 3) Ya Allah masa tu Allah sahaja yang maha mengetahui apa yang saya rasakan. Dengan keadaan Ammar begitu saya hadapi situasi begini. Saya akan cerita di entri lain saat-saat cemas saya bertarung nyawa tumpah darah masa kandungan 28minggu. Mungkin saya terlalu lasak masa mengandung kali ni sebab terpaksa berlari kejar Ammar lepastu dukung sangkut atas perut hehehe...Mungkin Allah mengaturkan semua ini untuk bagi peluang pada ayahnya untuk lebih kenal dan tahu macamana nak handle Ammar semasa 5minggu saya di hospital. Tapi saya ??? Allah uji saya juga ya korang... Allah menguji saya bagaimana rasanya berjauhan dengan insan yang kita sayang...boleh bercakap tapi tak boleh pandang dan sentuh...Setiap hari saya menangis...

Selesai melahirkan,saya jalani kehidupan seperti biasa. Ammar tetap begitu tiada perubahan...masih tak nak bercakap...panggil ibu dan ayahpun tidak...Tapi dia dah pandai memberontak...bila ada sesuatu yang diinginkan dia akan tunjuk dan jerit. Kami terpaksa menjawab teka teki daripada Ammar setiap hari sebab tidak faham apa yang cuba diberitahu tetapi suruh kami buat apa yang dia mahu. Bila umur Ammar menginjak ke 4 tahun kami mula risau bagaimana masa depan Ammar. bagaimana kami nak masukkan dia ke sekolah...Sekolah mana yang boleh terima Ammar...Pada ketika itu abang Ammar bersekolah di Tadika Pasti,kami minta kebenaran cikgu untuk mencuba letak Ammar disekolah sekejap sebab nak perhatikan bagaimana dia cuba sesuaikan diri tapi Ammar asyik bergerak kesana sini tanpa dapat dikawal huhuhu...Kami cuba beberapa kali je sebab tak nak ganggu ciku mengajar dengan aksi tak reti duduk diam si Ammar ni...Ni juga salah satu ciri-ciri autisme

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME
~ Ammar dah belajar makan sendiri~

Ammar masih lagi begitu...tiada perubahan. kami bagi gadjet yang kami download dengan bahan-bahan pendidikan ABC,123,warna dan sebagainya bagi cuba merangsang otaknya. Tahun 2016 Ammar masuk sekolah Tadika Pasti .Sebenarnya saya risau dan takut nak lepaskan Ammar untuk ke sekolah sebab takut kehadiran Ammar akan menyukarkan lagi tugas guru-guru disana. Takut Ammar mengganggu kawan-kawan yang lain. Sebab Ammar masih pakai pampers...Ammar tak reti duduk diam...Ammar tak faham arahan...Ammar itu dan Ammar ini...Ya Allah hanya Engkau sahaja yang tahu apa yang hambaMu ini rasa. Tapi saya redha je dengan jalan yang telah Allah tentukan untuk saya

Saya selalu bertanya perkembangan Ammar disekolah. Cikgu cakap Ammar guru besar sebab dia tak duduk kat meja murid...dia duduk kat meja cikgu hahaha...nak marah,nak bagi arahan dia tak faham...takkan nak pukul kan...sebab kalau pukul pun Ammar tak faham untuk apa pukulan itu dituju pada dia...Silap haribulan orang yang babab Ammar tu balik yang stress sebab Ammar tak respond dengan kemarahan yang ditunjukkan. Masa saya hantar Ammar ke sekolah dia masih belum pandai makan sendiri. Korang tahukan sekolah Pasti ni terapkan cara makan sunnah Nabi(s.a.w) makan dalam dulang tapi Ammar tak dapat join sekali sebab dia tak pandai makan lagi. Cikgu yang suap huhuhu...banyak dia makan cikgu cakap...sedap agaknya cikgu masak lain daripada ibu masak ye Ammar...Kalau kat rumah punya lah seksa nak bagi makan sampaikan ibu rasa nak bagi Ammar piala kalau ibu berjaya bagi Ammar makan dengan mudah huhuhu

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME
~ Ammar perlu dipantau untuk bergaul dengan adiknya sebab dia bersikap agresif dengan adiknya ~

Ammar sekarang dah pandai sebut "ayah" dan "cikgu" huhuhuhu...sedih gila tak tahu nak cakap la sebab dia langsung tak sebut "ibu". Sampai hati Ammar tak panggil ibu. Setiap hari kami teruskan melatih Ammar bercakap...sebut apa yang mudah untuk dia ikut. Tapi akhirnya hampir-hampir nak hujung tahung persekolahan Ammar,dia sebut "ibu" tapi sekadar sebut sahaja...bukan maksud...Kadang-kadang panggil saya ayah...Adehhh. Setiap kali pergi sekolah naik motor je ayahnya akan berdialog walaupun pada mulanya hambar(Ammar tak layan)

Ni dialog pertama masa Ammar mula-mula masuk sekolah

Ayah : "Ni siapa?"(sambil tunjuk pada Ammar)
Ammar : "krik krik"
Ayah : "Ni siapa?" (sambil tunjuk pada diri dia)
Ammar : "krik krik"
Ayah : "Tu siapa?"
Ammar : "krik krik"


Hahahaha...selepas hampir setahun akhirnya ayah Ammar berjaya dapatkan jawapan dari Ammar

Ayah : "Ni siapa?"(sambil tunjuk pada Ammar)
Ammar : "Ammar"
Ayah : "Ni siapa?" (sambil tunjuk pada diri dia)
Ammar : "ayah"
Ayah : "Tu siapa?"(sambil tunjuk saya yang sedang berdiri kat muka pintu)
Ammar : "Ibu"

(Yesss!!! Ammar dah kenal ibu...selepas berjaya dengan percubaan ini kami berusaha untuk menambah beberapa soalan secara berperingkat bagi memastikan Ammar dapat hadam dengan satu-satu soalan yang diberikan)

Akhirnya habis setahun Ammar di Tadika Pasti. Walaupun sukar nak handle Ammar saya bersyukur dan berterima kasih kepada cikgu Anita,cikgu Ida dan cikgu Lynn sebab begitu sabar dan penuh kasih sayang menjaga Ammar. Hanya Allah akan membalas jasa kalian. Tahniah kepada PASTI MALAYSIA kerana berjaya melahirkan guru-guru yang berkualiti dan penuh wibawa. Tahun depan Ammar akan masuk sekolah sana lagi tau...Bersedia tak nak mengharungi liku-liku mendidik Ammar Rayyan Shah yang istimewa ni?

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME
~ Ammar dah pandai makan sendiri dan try makan pedas sikit ~

Tahun 2017 Ammar sekali lagi belajar di Tadika Pasti dengan cikgu Lynn dan cikgu Ida...Cikgu Anita takde...Kali ni Ammar dah boleh makan sendiri...dah ada BFF kata cikgu...tapi bak kata cikgu sorang cakap Jerman sorang cakap Turki...hahaha. Yang membuat saya terharu sangat bila cikgu cakap Ammar sekarang dah ada perubahan. Kalau dulu masa cikgu mengajar dia jadi cikgu disiplin bergerak keliling kelas tapi sekarang Ammar dah duduk diam di tempat dia bila cikgu mengajar. 

Tahniah cikgu...dengan kesungguhan dan keikhlasan cikgu dapat bantu saya mendidik Ammar. Ammar dah boleh baca doa makan dan doa masuk tandas(hehee bukan full tapi ada bunyi la) Ammar dah boleh faham arahan mudah. Ammar dah boleh follow abangnya solat sampai habis walaupun dia tidak tahu baca dan tujuan solat tu. Ini semua hasil berkat kasih sayang cikgu menerima anak saya sebagai pelajar disana

Saya sangat-sangat bersyukur atas perubahan Ammar. Walaupun tidak banyak tetapi bagi kami ia adalah satu perubahan yang sangat bermakna. Ammar masih belum dapat bercakap dalam satu ayat. Kalau dia nak susu dia akan cakap "susu"...kalau dia berak dia akan cakap "berak". Dia masih belum berupaya untuk menggabungkan ayat. Tapi sekurang-kurangnya kami lebih mudah menjawab teka teki Ammar berbanding dahulu hehe...Pendek kata kena ikut je apa yang dia nak...Tapi kalau dia buat kesalahan saya akan tegur supaya dia akan ingat itu adalah salah

Walaupun Ammar tidak sempurna tetapi Ammar seorang yang berdisiplin. Mungkin dia ingat dengan step yang dilalui dari kecil. Ammar tidak akan masuk dalam rumah selagi seliparnya tidak diletakkan ditempat yang sepatutnya dalam keadaan lurus. Kalau ada selipar orang lain di tempat selipar dia maka bersedialah untuk selipar itu melayang hahaha...Botol susu dia bila habis menyusu kami tidak boleh ambil sesuka hati...kena minta kebenaran dia,kalau ambil terus dia akan mengamuk...kalau mengamuk sikit takpe...mengamuk tak boleh pujuk seolah-olah dia nak pusingkan balik masa tu supaya kita tak ambil sendiri. 

Kalau nasib baik dia akan berhenti mengamuk kalau kami ulang tayang...kalau nasib tak baik Ammar akan terus mengamuk yang akan memberi effect pada keseluruhan harinya...Sampai ke malam la "mood swing" Maka setiap langkah yang kami nak buat perlu ada perancangan...perlu berhati-hati sebab Ammar tak suka terima arahan...dia akan buat apa yang lazim dia buat...Maka kami kena ajar benda yang betul supaya dia tidak buat benda yang salah 

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME
~ Kopiah dia pakai sendiri jangan berani nak betulkan kalau tak kedinding beg tu dia baling huhuhuhu~

Setiap kali nak pergi sekolah adalah masalah apabila segalanya dia nak buat sendiri tapi bila tak berjaya dia mengamuk...tapi bila nak ditolong lagi mengamuk. Cuba korang bayangkan Ammar nak pakai baju dah sejam tak berjaya...dia minta saya tolong pakaikan...tapi bila dah siap pakai dia akan mengamuk suruh tanggalkan balik...10 round macamtu apa korang rasa??? hehehe

Pagi nak mandi masuk bilik mandi kena stop dulu baca doa...kalau terus masuk je alamatkan bergegar la rumah...kena tunggu dia baca doa dulu,lepastu masuk kaki kiri...kalau tersalah keluar balik...kalau dia lupa nak mengamuk untunglaa...Lepastu nak gosok gigi semua nak sendiri padahal lepas dia gosok saya gosok je lagi sekali..dia bagi je...nampak sangat dia nak buat sendiri. Itu belum lagi nak pakaikan baju sekolah semua. Kena ikut step betul-betul tak boleh salah untuk mengelakkan "mood swing" 

Pernah satu kejadian Ammar sampai sekolah cikgu telefon balik cakap Ammar menangis tak henti. Kami pun pelik apahal ni sebab masa hantar tadi ok je...Lepastu saya pergi jemput Ammar sebab kalau kes yang cikgu tak boleh handle saya akan ambil Ammar bawa balik. Sampai kat rumah dia menangis je lagi. Puas fikir apa masalah si Ammar ni...Deman tak...sakit perut tak...Tak lama tu Ammar stop nangis...fuhhhh lega....

Baru rehat sekejap tetiba dia menangis balik...siap meraung...meratap bagai...Saya jadi risau apahalnya si Ammar ni menangis macamni. Penat dia menangis dia stop kejap. Saya ingat bila bagi gadjet dia akan leka tak nangis lagi dah...syok-syok main gadjet meraung balik huhuhu...last last saya layan jela...Suami saya balik dari kerja saya bagitahu apa yang berlaku...Kami berdua berhempas pulas duduk berbincang apa yang tak kena...biasanya kalau ada yang tak kena kami akan recall balik apa yang berlaku dalam waktu terdekat. Fikir punya fikir akhirnya kami dapat jawapan kenapa Ammar jadi macamtu.

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME
~ Ammar dekat sekolah bersama kawan-kawan & cikgu ~

Setiap hari Ammar pergi sekolah ikut pintu belakang...Naik motor dia buka kunci...baca doa...jawab soalan...babai ibu...tetapi pagi tadi ayahnya hantar ikut pintu depan...tak buat apa yang rutin yang biasa dia lalui. Ini lah puncanya...Mungkin dia mengangis tu bila teringat kenapa ayah ikut pintu depan tak macam biasa. Sebab tu dia tak menangis berterusan...bila dia terfikir dia akan menangis...syahdu betul saya tengok...Kalau korang nak tahu seminggu Ammar melalui fobia ni...Bila dia teringat dia akan menangis. nampak macam bodoh-bodoh je kan..Tapi kesannya pada diri dia kita tak tahu...Kami sangat-sangat menyesal dengan kejadian tu dan berazam lepas ni tidak akan ulangi kesilapan bodoh pada kami tapi bukan pada Ammar anak syurga kami

Rasanya dah panjang lebar saya cerita pasal Ammar. Tahun depan Ammar dah nak masuk tahun 1. Saya perlu cari sekolah yang khas untuk orang seperti Ammar sebab dia memang tak boleh sekolah biasa seperti abangnya. Ammar perlukan tempat yang sesuai untuk keadaan dia. Lupa nak bagitahu hujung tahun lepas Ammar dah sambung balik terapi pertuturan di hospital sebab saya yakin sangat memang Ammar memerlukan bantuan ini. Silap saya dulu kerana tidak meneruskan selepas saya bersalin. hurmmm...

Bulan mei ni pula akan ada appointment untuk check audio(telinga) yang tertangguh dulu...Dan 2bulan lepas Ammar check mata sebab rabun, sekarang Ammar perlukan cermin mata untuk melihat...kalau tak pakai boleh je, tapi dia tak nampak saya bila saya marah dia wat bodoh jela sebab tak nampak muka marah saya (bila tengok tv tak pakai cermin matapun dia tak nampak terpaksa kecik-kecikkan mata) Saya sudah mohon kemasukkan Ammar ke sekolah Integrasi Pendidikan Khas untuk tahun depan tapi masih belum dapat jawapan...Harap-harap Ammar berpeluang. Dan Ammar juga sudah layak menerima kad O.K.U untuk memastikan kehidupannya terbela jika sesuatu yang berlaku ke atas kami kelak

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME

CIRI-CIRI AUTISME :

- Sukar berinteraksi dengan orang lain
- Terikat dengan sesuatu objek
- Cuma tahu mengajuk percakapan
- Suka memutar-mutarkan benda atau tubuh sendiri
- Tidak mahu dipeluk
- Perlakuan aneh dan berulang-ulang, termasuk menghantukkan kepala
- Suka mengasingkan diri
- Tidak pandai menyatakan kemahuan
- Tak kenal bahaya
- Sentiasa mahu benda yang sama
- Tidak memberi respons terhadap bunyi-bunyian atau respons yang luar biasa
- Enggan bertentang mata


AUTISME DI MALAYSIA :

- Kos penjagaan/terapi untuk seorang anak: RM1,150 - RM6,000
- Pusat Autisme: 30 buah
- Penghidap: 47,000 orang


( Kredit to : Sinar Harian )

Cuba korang tengok statistik di atas penghidap autisme yang sangat ramai di Malaysia. Kesian kan...Kalau ditanya pada saya apa perasaan saya ada seorang Ammar yang begini? Saya dan suami  sangat bersyukur kerana diberi peluang menjadi ibubapa kepada anak syurga bernama Ammar. Bukan semua orang dapat peluang ini. Lebih ramai yang mempunyai anak autisme yang lebih teruk...Kami hanya di uji sedikit sahaja berbanding orang lain...Saya berharap suatu hari nanti Ammar mampu berdikari dan diterima oleh masyarakat

Lagi satu saya nak bagitahu,haritu saya ada terbaca satu artikel yang mengatakan anaknya disahkan menghidap Autise gara-gara dia memberi gadjet kepada anaknya. Tidak dinafikan memberi gadjet kepada kanak-kanak adalah tindakan yang tidak bagus dan akan memberi kesan yang buruk jika ia tidak dipantau. Alhamdulillah...Ammar banyak belajar menyebut daripada penggunaan gadjet . Mungkin bunyi dan warna membantu meransang otak Ammar...Wallahualam

Saya menyeru kepada mereka-mereka yang mempunyai anak seperti saya supaya jangan bersedih kerana kita juga ibubapa yang istimewa kerana punya anak yang istimewa. Kepada mereka-mereka yang hampir dengan mereka yang punya anak istimewa tolonglah bagi sokongan janganlah korang memandang rendah kepada mereka. Hulurkan bantuan kepada mereka...Saya redha jika ada saudara mara nak kata saya sombong sebab selalu tak join gathering atau kenduri sebab Allah tahu sebabnya. 

KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME

Akhir kata, kepada semua rakyat malaysia KESAN AUTISME LEBIH AWAL - KENALI ANAK ANDA DAN CIRI-CIRI AUTISME ...perhatikan perkembangan anak-anak anda kerana mereka sangat memerlukan perhatian anda. Dapatkan rawatan dan nasihat jika ada ciri-ciri yang menjurus kepada Autisme. Jangan malu dengan keadaan anak anda sebab mereka adalah anugerah terindah buat kita sebagai tiket untuk kita ke syurga...Allahu Akhbar. Terima kasih kepada yang sudi membaca...Segala yang saya tulis ini adalah sebagai inspirasi kepada ibubapa yang mempunyai anak seperti Ammar kerana mereka tidak minta untuk dilahirkan begini. Mereka adalah anak syurga yang Allah pinjamkan buat kita sebagai ujian dalam kehidupan kita...Wassalam