Showing posts with label SCRUB HOMEMADE. Show all posts
Showing posts with label SCRUB HOMEMADE. Show all posts

PACKAGING TERBARU SCRUB MUKA DAN BADAN HOMEMADE BY ZM BEAUTY

Assalammualaikum semua yang sampai ke blog ini. Harini hari cuti...Anak-anak tak sekolah tapi petang petang ni diorang aktiviti bebas...so ibunya ada kesempatan sikit untuk menulis kat dalam blog ni

Khamis lepas label terbaru untuk scrub muka dan badan yang saya buat sampai. lama juga nak tunggu label ni siap sebab kawan yang tolong saya buatkan label ni cakap mesin printing dia rosak...Sebab lama tak rosak kan...syukur mesin tu rosak time buat label untuk saya...so boleh adjust lagi la...kalau ada customer yang urgent mesti sakit otak dia nak layan customer meroyan...

PACKAGING TERBARU SCRUB MUKA DAN BADAN HOMEMADE BY ZM BEAUTY

PACKAGING TERBARU SCRUB MUKA DAN BADAN HOMEMADE BY ZM BEAUTY

Haaaa ni dia label dan packaging yang terbaru. Pek terbaru ni isinya 100gram je...Sebelum ni saya buat 200gram tapi ada customer cakap banyak sebab jenuh nak habiskan. Ni mesti yang jenis tak sabar nak try next produk untuk dicuba nih...hehehe...Kalau yang pek 100gram ni kalau pakai khas kat muka ja boleh tahan sebulan ke sebulan lebih sebab kita tak pakai banyak kan...Tapi kalau pakai kat badan sekali saya tak rasa ia cukup untuk sebulan...sebab size badan kita tak tau nak kira macamne...hehehe

Apa yang menarik tentang packaging baru ni adalah ia tidak sama dengan pek pek sebelum ini. Kali ini packaging saya pilih yang simple dan selamat. Apa yang selamat?? Macam sebelum ni mula mula saya pakai bekas yang macam ni juga tapi materialnya tak sama...mudah pecah walaupun plastik. Bila nak pos saya terpaksa guna bubble wrap untuk bungkus sebab takut pecah bila kena baling dek abang posmen. Dah jadi satu hal pula saya nak kena beli bubble wrap

PACKAGING TERBARU SCRUB MUKA DAN BADAN HOMEMADE BY ZM BEAUTY
~ botol 1st batch ~

Selepas tu,saya tukar packaging plastik pouch yang warna silver tu. memang menarik....simple dan senang nak pos...selamat...Tapi ada juga kelemahannya,sebab bila letak dalam bilik mandi tangan dah basah susah nak buka zipper dia...pastu plastik tu jadi basah dan kadang kadang air termasuk dalam plastik...ini yang customer komplen la...sebab tu saya dah pesan sebelum berscrubbing ambil sedikit yang kita perlu je letak dalam bekas lain...In kerana saya nak elakkan kejadian di atas berlaku...huhuhu. Dan...biasanya mereka akan tanya ada yang 100gram tak...Ramai yang suggest buat pek 100gram pula...huhuhu...inilah pancarobanya bila kita jual produk homemade banyak sangat request

PACKAGING TERBARU SCRUB MUKA DAN BADAN HOMEMADE BY ZM BEAUTY
~ plastik 2nd batch ~

So...Kali ni saya rasa adalah yang terakhir saya tukar. Botol yang saya pilih memang menepati ciri-ciri keselamatan menyeluruh rentetan kelemahan 2 packaging sebelum ini. Packaging yang terbaru ni adalah bekas plastik juga tapi tidak akan pecah walaupun kena baling @ jatuh. Di dalamnya ada "inner cap" bagi mengelakkan isi scrub tumpah ketika tutup botol di buka. Dan label scrub saya pilih yang jenis plastik kalis air...so korang yang guna scrub ni akan terus bersemangat untuk terus guna sebab tengok labelnya macam baru je walaupun dah sebulan beli...dah nak habis dah pon isinya hahaha...

Lepas korang ambil scrub tu,tutup baik-baik guna inner cap dia...pastu tutup kemas kemas pastu boleh cuci sikit bahagian luarnya...sebab takut ada pula scrub yang tercalit-calit kat badan botol scrub tu tadi...Kalau tak cuci nanti semut or lipas suka nak datang...sebab diorang ni sangat sangat suka menziarah produk produk organik ni...dia pun nak cantik juga...hahaha

Maka,itulah cerita pendek untuk korang baca harini ya...Just nak bagitahu je...Korang korang yang belum rasa pakai scrub by zm beauty ni memang patut try...ada banyak testimoni yang best-best saya belum sempat nak tepek lagi. Saya dah amalkan scrub ni dari awal saya buat dulu...Alhamdulillah walaupun tidak secantik bidadari tapi saya rasa selamat bersama bahan semulajadi tanpa bahan kimia bertempek kat muka saya. Terima kasih sudi baca entri saya,Jumpa lagi ya...

Wassalam


SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA

Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah saya dengan penuh semangat jitu nak juga selitkan diri untuk menulis lagi..Bukan apa kita nak berjaya kenalah ada usaha lebih...Jangan dok meratap susah susah susah tapi takde wat pape pun untuk keluar dari kesusahan yang disebut-sebut tadi. Saya tidak tujukan kepada sesiapa taw...ini adalah peringatan untuk diri saya supaya terus bersemangat untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan.

Seperti yang dijanjikan sebelum ni saya nak review sikit pasal seorang kakak dari KL yang order 3 jenis scrub saya untuk buat jenama dia sendiri. Puas saya fikir apakah tajuk yang paling sesuai untuk diletakkan untuk entri kali ni last last saya memilih SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA  sebagai tajuknya. Amacam ok tak? Dapat search tak? hehehe

Semalam saya buat 4jenis scrub dari pagi sampai malam. Tapi kakak ni order scrub muka  dan badan je. Betul-betul seronok saya menguasai arena dapur untuk melaksanakan order kakak ni hahaha...Pukul satu pagi baru saya siap semuanya. Kalau cerita pasal letih memang sangat sangat letih tapi saya tetap berpuashati sebab saya dapat menyiapkan dengan sempurna demi kepuasan pelanggan saya. 

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ Scrub siap untuk dihantar ~

Mula-mula sekali sebagai pembuka operasi saya proses scrub koko terlebih dahulu. Selepas 2jam selesai sambung pula dengan scrub oat dan kopi...Pukul 2 selesai siap bungkus untuk kakak tu terus pos. Alhamdulillah saya berjaya pos hari yang sama selepas kakak tu buat bayaran pagi tu. Saya sangat-sangat mementingkan servis dan kualiti dalam urusniaga saya...Bagi saya ini adalah salah satu cara yang boleh diguna pakai oleh saya untuk bersaing dengan peniaga-peniaga seperti saya...Apa orang kata tu...Bersaing dengan cara sihat ye tak...

Selesai maghrib saya sambung balik buat Lipscrub yang saya dah cerita pada entri sebelum ni..Tak baca lagi??? Meh tengok kat SINI . Jangan tanya saya kenapa scrub bibir lebih mahal daripada scrub muka dan badan. Ini kerana scrub bibir lebih susah(renyah) nak buat dan bahannya lebih mahal...so kenalah kira sekali kos nya kan...hehehehe

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA   SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ ni salah satu scrub yang kakak tu ambil...in progress scrub oat & koko ~

Ramai orang tanya saya mahsyuk sangat ke jual scrub organik ni? Sebab saya dah buat kerja ni setahun lebih dah, tak henti-henti cerita pasal scrub. Kat group cerita scrub organik...kat facebook cerita scrub organik...kat IG pon cerita scrub organik...Kat blog HOMEMADE BEAUTY MALAYSIA apatah lagi asyik membebel je...Itu belum kat twiter segala bagai tu lagi..." kenapa eh kau masih lagi dengan scrub organik kau? Kau tak jemu ke? ke...kau untung gila dengan scrub organik ni?"


Hurmmm...apa jenis soalan la dia bagi kat saya pun saya tak tahu...nak kata dia cuba nak kritik tak mungkin sebab takkan la dia nak buat macamtu kat saya kan...Itulah yang ramai orang belum tahu kenapa saya masih disini dengan scrub organik saya tanpa rasa jemu. Income mahsyukk??? Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kirimkan buat saya. Kalau ada order saya penuhi kalau tiada order saya anggap belum masanya untuk saya terima rezeki dari Allah. Saya hanya perlu berusaha sahaja...Yang Maha Pemberi Rezeki adalah Allah. 

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ Sempat ambil gambar sebelum tutup kotak...hehehe(selit sikit gambar nanti boring pula baca) ~

Itulah prinsip yang saya pegang hingga sekarang dan saya sentiasa berdoa agar selama-lamanya saya akan pegang prinsip itu. Saya berniaga bukan untuk kaya raya tetapi saya ingin membantu mereka yang memerlukan perkhidmatan saya. Kena faham ya konteks membantu versi saya...jangan ada yang cakap kalau nak bantu kenapa bagi harga yang lebih kurang je dengan orang lain yang jual scrub organik ni... Kena faham ya...Kalau saya menjual dengan harga sesuka hati dengan rate harga yang jauh lebih murah daripada peniaga lain saya akan menjadi seorang peniaga yang zalim sebab membolot semua rezeki yang mungkin mereka lebih perlukan. Saya bukan seperti itu

Lebih kurang 4 tahun lepas kami berpindah dari selangor ke johor kerana tuntutan kerja suami saya. Nak tak nak saya terpaksa berhenti kerja dan ikut pindah. Mungkin ada hikmahnya saya ditakdirkan berpindah ke sini. Masa mula mula pindah ada juga saya usaha nak cari kerja sebab dah biasa bekerja pegang duit tetiba takde kerja...sedih juga saya. Tapi saya tak berjaya dapatkan pengasuh yang berkualiti macam pengasuh anak-anak saya sebelum ni. Saya takut nak tinggalkan anak-anak saya dengan orang. Dan mungkin inilah hikmahnya yang Allah nak bagi pada saya. Dia nak saya sendiri yang mengasuh anak-anak saya...bukan orang lain..Maka...berputih mata lah saya untuk makan gaji mulai saat itu...huhuhuhu

Kalau korang nak tahu saya ni memang buta IT...sebelum ni nak buka FB pun terketaq-ketaq...Memang zero...Blog?? Apatah lagi...setahun saya buat research pasal macammana nak create blog...sebab masa mula-mula cuba create blog guna telefon bila preview jadi lain dari yang dibuat. Banyak kali cuba tak berjaya...Tanya orang semua cakap tak tahu...Tak tau macamana nak ajar saya hehehe(buta IT la katakan)...Lepastu saya cuba menjahit kerongsang bunga,kerongsang felt. Tapi tak menjadi sebab tiada sambutan...susah nak jual,mungkin tiada rezeki saya dalam bidang itu...Selepas tu saya cuba buat berniaga acar buah hantar kat kedai-kedai sekitar kawasan tempat saya tinggal...Pada mulanya ok tapi pusingan yang ke-2 saya tengok tempat saya letak acar buah saya tu tak jaga barang saya dengan betul. Tumpah-tumpah...berhabuk...sedih sangat...Korang taw kan modal buat acar buah ni besar juga...tapi takpelah bukan rezeki saya

Selepas saya gagal kali ke-2 saya join dropship produk kecantikan pula...haaa...yang ini saya buat sampai sekarang. Walaupun saya sibuk dengan scrub tapi masih ada yang mencari saya kalau diorang nak beli produk kecantiakan. Kalau korang nak tahu...daripada buat dropship inilah saya menjadi diri saya sekarang. Saya tak keluar satu sen pun modal untuk mula berniaga...

Tapi itu dulu...bukan sekarang...sekarang dah ramai sangat dropshipper sampai dah takde pelanggan yang nak membeli...Penjual lebih ramai daripada pembeli hahaha...Saya rasa memang patutpun pemborong atau pembekal atau owner produk ni letak yuran tinggi tinggi kat sesiapa yang nak jadi dropshipper supaya yang join tu adalah orang yang betul-betul minat berniaga nak cari rezeki. Ini tak...yang nak beli untuk diri sendiri sebulan sekali pun layak jadi dropshipper...Abis tu siapa yang nak beli dari kamiiiii!!!!! Huhuhuhu...pstttt korang kalau nak beli produk kecantikan dengan saya boleh tengok kat SINI

Tiada sesiapa dalam dunia perniagaan ni nak berniaga tapi tak nak untung. Semua orang berniaga sebab nak cari rezeki(daripada keuntungan). 99% sumber rezeki adalah dari perniagaan...Perniagaan adalah sunnah Rasullullah(s.a.w). Jika kita ada peluang dan ruang janganlah sia-siakan peluang untuk berniaga kerana berniaga adalah sunnah.   Tanda kita cintakan Rasullullah salah satunya adalah mengikut apa yang di ajar. Haaa kannn...dapat tak?Berniaga mampu membawa sesiapa sahaja keluar daripada masalah kewangan jika dilakukan dengan betul. Niat kena betul.

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ Alhamdulillah...masa saya sedang menaip entri ni kakak tu bagitahu barang yang saya kirim sudah sampai...~

Jangan cakap tajuk SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA ni tiada kaitan dengan apa yang saya bebelkan ni sebab saya cuma nak bagitahu korang baru sekarang(lebih kurang 6bulan yang lepas la) saya dijejaki sedikit setelah sekian lama saya berjuang untuk mendapatkan tempat dihati pengguna produk organik. Bukan saya cakap saya dah cukup berjaya saat ini tetapi saya cuma nak bagitahu sudah ada orang yang nampak saya...Kalau saya dah berjaya kaya raya mana ada masa nak membebel kat sini dik oiiii...Kalau dah berjaya sejaya jaya nya mesti sibuk sana sini...takde masa nak menaip sepatah sepatah kat blog ni...Sebab belum cukup berjayalah saya masih berada disini untuk kenalkan diri kepada orang...Tolong jangan salah anggap dengan kenyataan saya...fahamkan betul-betul ya...Tak faham boleh tanya...saya tak garang...hehehe

Jadi kesimpulan yang dapat saya rumuskan dalam tajuk SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA  ni adalah dalam berniaga kita harus istiqomah...bukan senang nak senang,orang yang berjaya sekarang mungkin pernah gagal 10 kali sebelum ini yang kita tidak tahu sebab kita tak pernah nak ambil tahu...yang kita ambil tahu adalah kisah kejayaannya..Bersabar dengan apa jua cabaran dan rintangan. Ingat!!! Allah sentiasa ada bersama-sama kita selagi kita bersama-samaNya...Mintalah bantuanNya disaat kita kesusahan kerana Dia sentiasa berharap untuk membantu kita...Cuma tunggu kita minta sahaja

Saya berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang diberi untuk saya. Walaupun bisnes saya tidak sehebat mana tetapi lebih baik daripada saya langsung tidak berbuat apa-apa(buang masa) sekurang-kurangnya saya dapat membantu meringankan beban suami dan keluarga. Itu sudah cukup untuk saya berpuashati. Saya doakan semoga Allah menemukan saya dengan mereka yang benar-benar memerlukan perkhidmatan saya dan mereka juga diberi kekuatan dan istiqomah untuk berjaya suatu hari nanti

Akhir sekali terima kasih kepada korang korang yang baca sampai habis entri saya kali ni. Maafkan saya jika saya ada menyakiti hati sesiapa dalam bicara saya kali ini. Segala yang saya coretkan adalah mengenai diri saya sendiri dan tiada kaitan dengan sesiapapun . Jumpa lagi dalam entri yang akan datang ya...Wassalam

SCRUB MUKA HOMEMADE HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT

Assalammualaikum semua...
Pernah tak korang mengalami masalah kesan jerawat yang tinggal di wajah setiap kali bila jerawat singgah kat muka. Biasanya orang perempuan akan mengalami masalah jerawat setiap bulan apabila mereka datang bulan. Tiada siapa dalam dunia ni yang suka akan parut yang ditinggalkan oleh jerawat itu kerana ia akan mencacatkan penampilan mereka. SCRUB MUKA HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT ....Betul ke ?

SCRUB MUKA HOMEMADE HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT
~ saya pengguna tegar produk organik homemade yang saya buat sendiri

Harini saya nak cerita lagi sekali pasal cara-cara nak hilangkan parut jerawat kat korang. Sekarang ni terlalu banyak produk kecantikan untuk wajah yang mampu untuk menyelesaikan masalah menghilangkan kesan jerawat ni sebenarnya. Tetapi ramai juga yang lebih gemar menggunakan cara traditional supaya lebih selamat...kan???

So...Yang baca entri ni saya anggap adalah mereka yang suka menggunakan produk organik homemade sebab sah-sah la produk homemade ni selamat digunakan pasai ia dibuat menggunakan 100% bahan semulajadi yang ada kat dapur rumah kita. Takde pun guna bahan asing yang pelik-pelik namanya...huhuhu

Pengalaman saya menggunakan produk organik homemade ni sejak beberapa bulan yang lalu membuat saya begitu tertarik nak share dengan korang tentang keunikkan produk homemade ni. Bagi saya bila saya guna produk organik saya rasa sangat free(perasaan saya la...) 

SCRUB MUKA HOMEMADE HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT
~ Scrub green tea organik homemade

Saya tidak risau kalau saya nak cuci muka dengan kerap setiap kali sebelum solat menggunakan sabun organik homemade kerana sabun ni tidak akan menyebabkan kulit kering terkopek-kopek tu...Sabun homemade yang saya buat mempunyai kandungan minyak zaitun bagi memelihara kelembapan kulit muka kita

Ok...berbalik kepada cerita nak hilangkan parut jerawat guna scrub. Macam yang kita tahu scrub ni memang kerja dia menyental daki-daki dan lapisan kulit mati kat permukaan kulit kita. Dengan cara menggunakan scrub juga dapat membantu menghilangkan parut jerawat tu juga taw...pasai kalau kita asyik tepek krim...tepek foundation untuk tutup parut jerawat tu tak guna juga sebab cara ini akan memburukkan lagi keadaan. Disinilah fungsinya scrub untuk membantu mengikis parut jerawat tu daripada wajah kita.

SCRUB MUKA HOMEMADE HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT
~ Scrub kopi organik homemade

Cerita pasal scrub pula...Scrub paling bagus dipakai adalah scrub yang berasakan bahan semulajadi untuk menjaga tekstur kulit korang agar lebih sihat. Takut nanti kalau guna yang ada bahan kimia tonyoh punya tonyoh akan lebih menipiskan kulit. Korang tahu kan apa akibatnya kalau kulit menipis???

Kalau tak tahu meh saya cerita sikit apa akibatnya kalau kulit menipis. Tanda kulit muka kita menipis apabila menggunakan sesuatu produk yang mempunyai bahan kimia adalah kulit kita berubah menjadi kemerah-merahan. Apabila terkena cahaya matahari kulit kita lagi bertambah merah...Silap haribulan akan terbakar...Bila terbakar walaupun tak mengeluarkan api akan mengakibatkan kulit korang berjeragat. 

Selain daripada berjeragat kulit korang akan menjadi sensitif...gatai-gatai...ruam pasai nutrien pada kulit korang yang semulajadi dipinjamkan oleh Allah kepada korang tu dah dimamah oleh bahan kimia yang korang tempel kat kulit korang tu...nak cantik cepat kan?...huhuhuhu...Saya bukan nak takutkan sesiapa...dan saya juga tidak menunding jari kepada sesiapa...saya menulis atas pengalaman saya sendiri...

SCRUB MUKA HOMEMADE HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT
~ Scrub oat organik homemade

Bukan la saya bagitahu korang pakai produk organik kompom cantik bak bidadari syorga...tetapi orang yang menggunakan produk organik ni lebih kepada nak memelihara kesihatan kulit mereka untuk jangka masa yang lebih panjang. Sah-sah la barang yang kita guna untuk buat produk organik ni guna barang yang ada kat dapur rumah kita...maknanya ia selamat digunakan walaupun tertelan...huyyoooo...nikmatnya menggunakan produk organik

Kesimpulannya melalui pengalaman saya sendiri menggunakan 100% produk organik homemade untuk penjagaan harian,mingguan dan tahunan saya, saya sangat-sangat berpuas hati dan teruja kerana ia sangat membantu untuk saya mempunyai kulit yang sihat,lembab dan natural. Kalau muka saya dilanda jerawat saya hanya menggunakan keajaiban scrub untuk menghilangkannya huhuuhu...Tu belum cerita lagi kulit jadi lembut dan gebu macam kulit baby...phewwww

Tidak perlu guna produk yang mahal untuk cantik kerana kecantikan semulajadi lebih penting daripada kecantikan yang perlu dikawal(maksudnya guna skincare perlu ikut step dan kena pakai berterusan untuk kekalkan kecantikan) Maafkan saya jika saya ada tersinggung sesiapa dalam entri ini...Segala yang saya coretkan disini adalah 100% daripada kisah hidup saya...tiada kaitan dengan sesiapa sahaja di muka bumi Allah ini...Semoga kita jumpa lagi di lain entri...Terima kasih pada yang baca sampai habis...Wassalam...

PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE

ASSALAMMUALAIKUM SAYANG SAYANG SEMUA....
Selamat datang kepada mereka yang tersesat masuk kedalam blog saya ni...Blog saya ni adalah tempat saya update tentang cerita berkenaan produk kecantikan berasaskan bahan semulajadi ya...Bagitau pada yang tidak tahu...Takut ada yang kurang jelas dengan modus operandi blog ini hehehehe...

Harini saya nak bebel sikit pasal pertanyaan yang selalu orang timbulkan tentang produk organik homemade ni. Ramai sangat yang bertanya pada saya produk awak ada KKM tak? Produk awak ada HALAL tak?

Hurmmm...

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia untuk mencari yang terbaik untuk digunakan. Saya tak salahkan mereka yang bertanya...malah saya suka dengan pertanyaan mereka...Kadang-kadang kepada mereka yang tidak bertanya pun saya akan bagitahu juga...

PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE...Haaaa ini dia yang saya bagitau. Produk yang saya jual adalah produk homemade. Produk homemade ni celah mana nak dapat KKM dik oiii...

Biasanya mereka yang jalankan perniagaan produk homemade adalah golongan yang tidak mempunyai modal yang banyak macam usahawan produk kecantiakan yang berjaya tu. So...mereka buat di rumah dalam skala yang kecil sekadar untuk menambah sedikit sumber pendapatan mereka

Mengikut pemerhatian yang saya buat kebanyakan yang menjual produk homemade ni datangnya daripada mereka yang benar-benar "organic lover" iaitu mereka adalah pengguna tegar produk organik ini. Daripada hasil dan keberkesanan produk yang mereka hasilkan itulah timbulnya idea mereka untuk berkongsi dengan orang ramai

Tetapi bukan semua orang yang berniaga produk organik homemade ni adalah pegguna tegar. Jangan terlalu fokus dengan kenyataan saya diatas...kerana mungkin 10% daripada mereka adalah golongan mereka yang menjadikan produk organik homemade ini sebagai produk untuk mereka jual bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.

Kenapa saya berani cakap PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE ? Ini kerana produk organik homemade hanyalah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang biasa kita gunakan di rumah seperti madu,kopi,oat dan sebagainya. Produk-produk semulajadi tidak akan memberi kesan sampingan kepada kita hatta jika tertelanpun masih selamat lagi. Cuba korang tengok produk yang korang pakai sekarang ni ada tak semut nak datang jenguk-jenguk? Takde kan??? Tapi kalau yang organik kenapa semut,lipas(kalau ada lipas la kat rumah korang hehehe) atau serangga-serangga lain suka nak lepak??? Sebabnya mereka pun tak sanggup nak singgah kat tempat yang ada bahan kimia uolllsssss...(renung-renungkan ya...)

Mungkin di Malaysia masih belum banyak pendedahan mengenai manfaat menggunakan produk-produk organik homemade ni kerana semua leka untuk cantik dengan cepat tetapi mereka lupa kecantikan yang cepat adalah kecantikan yang sementara. Mereka lupa untuk menilai apa kesan yang mereka akan dapat dimasa akan datang.

Kebanyakan wanita di luar negara adalah "organik lover" even mereka adalah golongan artis dan mempunyai wang yang banyak untuk membeli produk-produk yang mahal tetapi mereka lebih mengutamakan kualiti kesihatan kulit mereka daripada kecantikan yang boleh dilihat pada luaran. Malah mereka berbangga menggunakan produk organik homemade ini buktinya terdapat banyak video-video dari negara luar yang memaparkan kecintaan mereka kepada produk homemade

PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE

PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE

Ni salah satu contoh produk organik homemade yang saya hasilkan. Yang warna hijau tu scrub greentea dan yang warna putih peach tu scrub oat. Scrub ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan bahan semulajadi. Langsung tiada letakkan apa-apa bahan tambahan untuk bagi scrub ni tahan lama ke...letak serbuk pemutih ke...atau apa-apa yang berkaitan dengan bahan kimia...It's 100% organic.

Setiap scrub mempunyai fungsi yang sama untuk membuang sel-sel kulit mati yang bertempek kat atas kulit kita,membuang daki,megurangkan kesan-kesan jeragat dan parut,melembutkan kulit,melembabkan kulit,menyalurkan vitamin dan nutrien kepada kulit dan sebagainya. Semua scrub dalam dunia ni mempunyai fungsi yang sama...tiada yang lain...

Tetapi!!!!!

Yang membezakan setiap scrub itu adalah bahan-bahan yang terkandung dalam scrub tersebut. Sebagai contoh Oat mempunyai kelebihan untuk mencerah dan melembabkan kulit manakala greentea pula mempunyai kelebihan kaya dengan antioksidan yang semua orang pun tahu dapat menegangkan kulit dan antipenuaan. Faham tak apa yang saya terangkan ni? huhuhu...macam serius sangat je dari tadi...

Ok...rasanya dah cukup panjang lebar dah ulasan saya mengenai tajuk PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE ni. Apa-apapun semua orang mempunyai wadah pemikiran yang berbeza. Terpulang kepada hati masing-masing untuk memilih apa yang sesuai dengan diri mereka. Sekali lagi saya nak tekankan disini bahawa janganlah memandang serong dan jijik kepada peniaga-peniaga atau pembuat PRODUK ORGANIK HOMEMADE kerana bagi saya produk organik homemade masih relevan untuk digunakan malah mempunyai permintaan yang tinggi sejak akhir-akhir ini walaupun terpaksa bersaing dengan produk-produk kecantikan yang lebih gah diluar sana. 

Hanya orang yang sayangkan diri mereka sahaja yang akan memilih PRODUK ORGANIK HOMEMADE sebagai produk penjagaan kecantikan harian mereka. Saya berharap agar suatu hari nanti lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang sedar bahawa PRODUK ORGANIK HOMEMADE adalah yang terbaik untuk mereka kerana PRODUK ORGANIK HOMEMADE sesuai untuk lelaki dan wanita...boleh digunakan oleh bayi hingga ke orang tua...Dan yang penting tidak akan merosakkan kulit for sure....Dan juga tidak akan memberi kesan sampingan untuk jangka masa hadapan dan seterusnya

Semoga apa yang saya coretkan disini dapat memberi manfaat kepada semua orang yang mencari maklumat mengenainya. Terima kasih kepada yang sudi membaca hingga habis. Saya akan terus dan terus memperjuangkan PRODUK ORGANIK HOMEMADE ini bagi menyokong semua "organik lover" di Malaysia . Love uolllssss... Wassalam

SCRUB ORGANIK

Assalamualaikum,salam sejahtera,Tuan/Puan/Cik…

Saya Zuraini owner @pemborong scrub organik
#organiklover
#scruborganik
#tiadabahankimia
#selamatdansuci

Terima kasih kerana sudi respond dengan iklan saya…Saya berbesar hati untuk cerita serba sedikit mengenai misi dan visi yang saya ingin ketengahkan dalam kegiatan yang saya jalankan hampir 2tahun ini.

Saya adalah salah seorang pembuat/pembekal/pemborong scrub 100% organik tanpa bahan kimia yang selamat digunakan tanpa kesan sampingan oleh semua lapisan umur dari bayi hinggalah dewasa. Mengapa saya sangat yakin bahawa scrub saya selamat digunakan? Kerana scrub ini dihasilkan oleh saya sendiri menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Bagaimana bermulanya episode mencipta scrub ni?
Firstly saya minta maaf jika saya ni lari tajuk. Sebab soalan korang “BERAPA HARGA?”
Tapi jawapan saya meleret-leret tak kena dengan tajuk. Saya nak share sedikit kisah bagaimana bermulanya episod scrub organik dihasilkan

SCRUB ORGANIKSCRUB ORGANIK

SCRUB ORGANIK

Bermula satu ketika dahulu saya cuba menggunakan 1 set produk penjagaan muka. Tak sampai seminggu muka saya berubah menjadi cerah dan glowing. Ramai yang tegur perubahan pada muka saya. Saya dengan gembira dan senang hati meneruskan penggunaan produk tersebut tetapi ‘kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari’ Masuk set yang ke 2 saya mengalami perubahan muka yang teruk. 

Saya tak pasti dimana silapnya…yang pasti set yang ke 2 itu adalah produk yang sama dengan set yang pertama. Muka saya naik bintik-bintik merah,berminyak,gatal dan paling menyedihkan jerawat batu kat muka saya berbiji-biji keluar serentak. Allah je yang tahu apa yang saya rasa masa tu. Saya seorang yang positif maka saya tidak pernah menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana kuasa memilih dan membeli adalah kuasa saya…semua yang berlaku adalah pilihan saya

Apabila berlaku situasi begini saya dengan drastik menghentikan penggunaan produk tersebut dan mula mencari produk-produk lain untuk saya guna bagi mengembalikan wajah asal saya. Untuk pengetahuan Tuan/Puan/Cik Puan saya dah cuba lebih dari 10 set produk penjagaan muka selepas kejadian itu dari yang murah hinggalah yang mahal mencecah RM200 lebih tetapi GAGAL. Saya banyak kali berputih mata kerana tidak dapat hasil yang diharapkan berbanding duit yang saya keluarkan malahan bertambah teruk.

Dipendekkan cerita saya mula buat research tentang produk-produk organik untuk membantu saya membaiki kesilapan yang telah saya lakukan. Maka terciptalah scrub organik pertama dalam hidup saya untuk saya guna sendiri dengan satu tekad untuk membaiki muka saya kembali dan untuk menguatkan lagi hasil scrub organik itu,saya dalam masa yang sama telah menghasilkan sabun organik juga untuk diguna sekali. 

Hampir 2 bulan saya gunakan scrub dan sabun ini untuk saya rasa sendiri keberkesanannya dan syukur Alhamdulillah berhasil. Jika dulu bila saya balik kampung saya terlupa letak krim muka,muka saya akan keluar bintik-bintik merah dan bila balik dari kampung muka akan jadi sunburn. Setiap kali balik dari kampung saya akan mengalami masalah ini. Tetapi setelah saya gunakan produk organik segala masalah ini selesai 100%..Saya tak perlu risau pasal muka jadi “rashes” atau jerawat lagi. Alhamdulillah…

Sehingga hari ini saya masih lagi mengamalkan produk organik saya sendiri. Saya sudah selesa menggunakan produk saya sendiri dan rasa lebih selamat kerana ia adalah 100% tanpa bahan kimia untuk menjaga kesihatan kulit dalam jangkamasa yang panjang. Biarlah ambil masa untuk cantik supaya ia berkekalan dan sihat dari dalam daripada cantik dengan cepat dan tidak pasti kesihatan kulit terjamin atau tidak dan belum pasti selamat untuk jangkamasa panjang

Setelah saya berpuashati dengan keberkesanannya saya cuba untuk berkongsi manfaat tentang produk ini kepada orang lain. Bermula dengan adik-beradik,saudara mara dan kawan-kawan sehinggalah saya kongsi manfaatnya kepada orang awam di google. Alhamdulillah sehingga hari ini saya belum dapat feedback negatif dari pengguna. Setiap hari saya dapat khabar gembira tentang produk hasil tangan saya. Setelah 6 bulan saya kenalkan produk saya kepada umum timbul idea why not saya share rezeki bersama-sama mereka yang berhasrat untuk tambah pendapatan. 

Sekarang ekonomi agak goyah…ramai yang mengambil inisiatif berniaga online…maka dengan niat membantu saya buka peluang kepada mereka yang betul-betul serius nak berniaga atau yang ingin buat duit poket terutamanya student,surirumah atau yang sedang bekerja nak buat ‘side income’ dengan cara saya bekalkan scrub dan produk-produk organik saya yang lain untuk mereka jual dengan jenama mereka sendiri. Dan Alhamdulillah…Allah masih memberi pertolongan kepada saya, ramai yang merebut peluang untuk bersama-sama saya dan sehingga kini saya masih membekalkan scrub untuk mereka yang memerlukan

Ok, berbalik kepada persoalan Tuan/Puan/Cik Puan tadi mengenai harga…
Terdapat 2 jenis scrub yang saya hasilkan iaitu dalam bentuk lembab dan dalam bentuk cair. Biasanya saya akan buat ikut permintaan pelanggan. Saya hanya akan proses scrub apabila saya sudah dapat payment. Saya tidak akan simpan stok scrub sudah siap kerana Visi saya adalah “ PRODUK FRESH,BERKUALITI  & SERVIS TIPTOP” Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada pelanggan tetapi saya akan memberikan servis yang In SyaAllah memberi kepuasan kepada pelanggan saya. 

Setiap yang berurusan dengan saya dengan tujuan nak buat bisnes scrub saya akan bagi contact nombor “supplier botol/bekas” dan “supplier sticker/label” saya sendiri bagi memudahkan urusan dan mengurangkan kos Tuan/Puan/Cik Puan untuk mencari rezeki. Konsep saya mudah “ rezeki Allah yang tentukan,maka tiada istilah berebut rezeki dalam kamus hidup saya…saya yakin dan pasti semakin banyak saya membantu semakin banyak saya menikmati manfaatnya”

SCRUB ORGANIK
FLAVOUR : KOPI/KOKO/OAT/GREEN TEA

HARGA :
RM70/KG
RM60/KG (MOQ 3KG)
RM50/KG (MOQ 6KG)
RM40/KG (MOQ 12KG)

Tuan/Puan/Cik Puan,
Sekiranya berminat untuk berurusan dengan saya boleh direct whatsapp saya di 01132484182 atau Tuan/Puan/Cik Puan boleh reply email saya in dengan no whatsapp Tuan/Puan/Cik Puan untuk saya hubungi. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca sehingga habis.

“ FIRST STEP IS THE MOST IMPORTANT TO CHANGE YOUR LIFE”

Ikhlas,

Zuraini muhammad

SCRUB KOPI

SCRUB KOPI
Salam semua kepada yang sempat singgah ke blog saya ni...

Ramai lagi rupanya yang belum pernah cuba kehebatan scrub kopi. Kebanyakan mereka merungut sebab muka nampak kusam walaupun dah pakai skincare dengan konsisten. Bila terskip pakai mula keluar bintik-bintik halus...pastu kulit kusam seolah-olah terbakar....korang pernah tak alami situasi ni?

Kat group saya cerita ni seringkali menjadi satu isu,bila ada sorang yang cerita pasal kulit kusam mereka habis semua muncul dan komen mereka juga alami benda yang sama kerana majoriti kaum wanita sekarang bekerjaya dan terlalu banyak menggunakan barang kosmetik untuk menjaga penampilan.Betul tak?So...salah satu punca masalah ini adalah penggunaan mekap yang terlalu kerap dan lama

Walaupun ada yang tidak bekerja tetapi mengikut pemerhatian saya mereka sibuk kehulu kehilir naik motor menguruskan anak ke sekolah,jemput anak balik dari sekolah...saya duduk di Johor,di johor sekolah pagi dan petang...setiap hari saya lihat kaum ibu menguruskan anak dari pagi hingga petang...kalau yang ada anak 2 3 orang dan sesi persekolahan tak sama lagi banyak kali diorang ke hulu kehilir "merempit" menguruskan anak-anak mereka. Ini merupakan salah satu sebab muka dan kulit menjadi kusam,"sunburn",tidak bermaya dan sebagainya


Oleh kerana itu saya buat artikel ini untuk perkongsian bersama.Di sini saya akan share satu kaedah yang sangat mudah dan berkesan untuk menghilangkan masalah kulit kusam yang menjadi masalah utama hampir 90% wanita asia rentetan iklim panas sepanjang tahun umumnya di Malaysia.

scrub kopi

Kaedah yang paling berkesan,murah dan mudah adalah menggunakan scrub kopi. Sangat mudah sebab korang boleh guna masa nak mandi. Masa nak mandi tu korang basahkan muka dulu....lepas 5 minit korang letak scrub kopi kat seluruh muka....urut dengan lembut dan biarkan scrub kopi tu kat atas muka sementara korang boleh mandi macam biasa....dah siap mandi semua baru korang cuci muka yang korang scrub tadi.


Nak tahu kenapa saya cadangkan supaya biarkan scrub kopi tu duduk kat muka lebih lama sementara korang mandi tu??? sebab biar semua bahan yang terkandung dalam scrub itu meresap dalam rongga-rongga kulit korang untuk membantu menghilangkan kusam kulit,menyerap semua vitamin-vitamin yang ada dalam scrub tu,melembutkan kulit,mencerahkan kulit,melembabkan kulit dan banyak lagi manfaatnya

Scrub kopi ni korang tak perlu risau kalau nak guna hari-hari sebab kesemua bahan yang terkandung dalam scrub ini adalah 100% organik dan tidak sama sekali akan merosakkan kulit korang. Tiada sebarang bahan kimia yang terkandung dalam scrub ini malah bayi pun boleh menggunakannya jika ada gatal-gatal ruam atau eczema

Selain tu scrub kopi ini boleh digunakan diseluruh permukaan kulit. Biasanya orang yang beli scrub kopi dengan saya akan tanya scrub kopi ni boleh pakai kat muka ke? hehehehe....Ni saya bagi jawapannya...Scrub kopi saya boleh digunakan ke seluruh permukaan kulit bermakna dari muka,bibir,telinga,ketiak,celah-celahan,kaki,tapak kaki da yang sewaktu dengannya boleh ditepek scrub kopi ini. Tapi janganla guna atas kulit kepala sayang-sayang oiii...nanti susah pula nak cuci huhuhu...

Kalau boleh masa proses scrub tu korang basahkan badan dengan air dulu sebab nak bagi daki-daki,sel-sel kulit mati yang bertakhta di atas kulit korang tu kembang....bila dah kembang baru senang nak keluar. Macam kita cuci pakaian la kan...kalau pakaian tu kotor sangat mesti kena rendam dulu untuk bagi kotoran tu senang nak dicuci....kan?


Bagi saya inilah satu kaedah yang sangat berkesan dan mudah untuk dipraktikkan sebab ia tak perlu ditetapkan masa untuk guna macam kita makan ubat...cukup masa kena makan. Tapi kalau pakai scrub kopi ni bila mandi korang boleh pakai...bak kata orang "sambil menyelam minum air" ehhhh...sesuai ke pepatah ni...hehehe

Oklah rasanya cukup setakat ni perkongsian saya mengenai teknik untuk kembalikan keceriaan wajah dengan scrub kopi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua yang tersesat masuk blog saya ye...Papepun terima kasih kepada mereka-mereka yang sentiasa support saya. Jumpa lagi di lain entri...sayang korang...Wassalam


SURIRUMAH JUAL SCRUB KOPI UNTUNG RM5000 SEBULAN SAMBIL KEJAR ANAK

SURIRUMAH JUAL SCRUB KOPI UNTUNG RM5000 SEBULAN SAMBIL KEJAR ANAK
"Wowww"
"Betul ke ni???"
"Boleh ke?"
"Macam tak percaya je...gimik je ni..."

Inilah jawapan spontan yang selalu keluar dari mulut kita bila ada status-status pelik yang ditulis di facebook,twitter,Instagram dan sebagainya. Kadang-kadang bila fikirkan balik macam tak logik pun ada kan....

Tapi...tak mustahil kalau semua ini adalah izin Allah,yang penting kita usaha...betul tak?


KENAPA PILIH SCRUB KOPI UNTUK BISNES?

Mula-mula jom saya cerita sikit apa definisi scrub dan apa pula kelebihan scrub sampaikan boleh buat bisnes yang berjaya

Scrub adalah salah satu produk kecantikan yang berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati dan menjaga kecantikan kulit dengan selamat dan berkesan. Manfaat berscrub saya rasa semua orang pun dah tahu ia mampu menghilangkan jerawat dan jeragat serta jerawat yang menjadi mimpi ngeri setiap wanita di luar sana. Selain itu scrub kopi boleh melembabkan dan melembutkan kulit.

Sebenarnya scrub kopi adalah scrub yang paling popular masakini kerana kesan dan manfaat kopi yang sangat-sangat terbaik untuk kulit. Khasiat kopi yang mengandungi antioksidan dapat membantu meremajakan kulit dan mencerahkan kulit


SURIRUMAH JUAL SCRUB KOPI UNTUNG RM5000 SEBULAN SAMBIL KEJAR ANAK

Saya rasa begitu mudah untuk menjual scrub kopi berbanding produk lain sebab scrub kopi ni mempunyai nilai kualiti yang tinggi iaitu ia tergolong dalam produk 100% organik. Scrub kopi ini dihasilkan daripada bahan-bahan organik tanpa bahan kimia sebagai penambah bagi membuatkan ia tahan lama.

Ini adalah salah satu keistimewaan scrub kopi ini. Korang dah tak payah rasa ragu-ragu lagi bila nak menjual kerana scrub ini pasti tidak akan menjejaskan kulit pelanggan korang. Kenapa saya sangat yakin berkata demikian? Sebab saya sendiri dah jual kepada beratus-ratus orang yang tidak pernah memberi komplen yang mengatakan scrub ini tidak bagus.

Ini merupakan satu kelebihan scrub kopi bila kita pilih sebagai mata pencarian. kita dah tak perlu fikir lagi pasal pelanggan komplen muka teruk lepas guna produk ita sebab kita dah tahu scrub kopi ini tidak akan merosakkan kulit sesiapa sahaja yang menggunakannya malah bayi pun boleh guna.

MODAL MINIMA

Rasanya belum pernah ada lagi mana-mana kilang yang bagi peluang kepada peniaga baru atau kecil-kecilan untuk modal minima RM300 untuk membuat produk jenama kita sendiri,adapun mungkin produk dari thailand yang kita belum pasti isi kandungannya. Paling minima saya pernah tanya RM2000. Itupun puas merayu untuk mendapatkan kuantiti minima dengan alasan baru nak mencuba pasaran.

Tetapi dengan scrub kopi organik ini modal paling minima hanya RM300 untuk membuat scrub kopi jenama anda sendiri. Saya kira korang sangat beruntung kerana ada peluang yang sangat baik ini kerana jalan untuk menambah pendapatan terbuka luas bagi mereka yang memang sedang mencari peluang ini

Kalau korang rasa RM300 ini pun sangat besar dan tidak mampu untuk korang laburkan untuk memulakan perniagaan saya rasa ia sangat melampau. Habis korang nak keluar modal RM50 ke untuk buat jenama korang sendiri? hehehee....memang sampai ke sudahla korang duduk di takuk tu je....


5 PERKA YANG PERLU KORANG ELAKKAN UNTUK BERJAYA


Yang PERTAMA adalah bertangguh. Orang yang berjaya sentiasa mengejar masa untuk menempa kejayaan lebih awal supaya suati hari nanti dia tidak berlu berkata-kata seperti ini " kalau aku tahu macamni dari dulu lagi aku dah buat"


Yang KEDUA jangan dikenang perkara yang lepas kerana ia sudahpun menjadi sejarah. Sama ada perkara itu berupa kegagalan mahupun kejayaan,jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kita berjaya lagi dan lagi

Yang KETIGA adalah berkaitan dengan yang pertama tadi. Kadang-kadang ada juga orang yang selalu memberi alasan untuk menunggu masa yang sesuai baru nak mula. Inilah kesilapan yang selalu kita lakukan kerana masa tidak akan menunggu kita. Kejayaan tidak akan berlaku jika kita menunggu ia,kerana kita yang mencipta kejayaan bukan kejayaan yang mencipta kita. Heheheehe...Masa yang sesuai adalah SEKARANG!!!! Kerana tiada masa yang spesifik untuk berjaya,bila-bila masa pun boleh berjaya,yang penting adalah langkah pertama kita menuju kejayaan

Yang KEEMPAT adalah takutkan kegagalan. Kegagalan ni sangat subjektif untuk dirungkaikan kerana ia adalah satu situasi yang semua orang pernah dan akan lalui. Cuba korang tanya orang yang berjaya ada tak yang tak pernah gagal? 99% orang berjaya adalah kerana mereka gagal dahulu barulah mereka belajar dari kesilapan seterusnya menempa kejayaan

Dan yang KELIMA selalu sangat berfikiran negatif. Belum buat lagi dah fikir yang negatif padahal kita belum tahu lagi apa yang akan berlaku dimasa akan datang. Buang sikap berfikiran negatif ini tukarkan kepada positif maka korang akan merasai aura positif ini muncul dalam diri sekaligus menjadi pembakar semangat korang untuk memulakan langkah menempa kejayaan. Berhenti berfikiran negatif kerana jika negatif dalam mindset kita maka negatiflah jadinya dan jika positif fikiran kita maka positiflah semuanya


NAK JUAL KAT MANA???

Zaman sekarang zaman Facebook,Instagram,Wechat....whatsapp dan sebagainya. Macam-macam cara kita boleh jual. Sekarang budak sekolah rendah pun dah pandai bersosial di facebook. Inilah satu kelebihan media sekarang. Maka,kita perlu ambil kesempatan atas kelebihan ini. Sekarang bila buka je facebook penuh dengan bermacam-macam iklan jualan,majoriti pengguna facebook menjadikan facebook sebagai medium perniagaan mereka. Tak salah kita untuk mencuba merebut peluang ini. 

Jika kita buta IT,takde facebook semua tu kita boleh jual dengan kawan-kawan,jiran tetangga....adik beradik. Kalau kita seorang pelajar kita boleh perkenalkan pada kawan-kawan belajar. Ada seorang pelanggan saya seorang pelajar Universiti berjaya menjual scrub kopi atas jenama dia sendiri walaupun dia adalah seorang lelaki. Untuk berjaya tidak kira masa,dimana mahupun jantina. Dimana ada kemahuan disitu kejayaan menanti kita

Haaaaa.....baru tadi cakap jangan berfikiran negatif,ni dah kalut takut tak leh jual....Banyak-banyak berdoa minta Allah permudahkan urusan kita...In Sya Allah yang susah akan menjadi senang


KENAPA TUNGGU LAGI????

JOM BERMULA DARI SEKARANG!!!!


Mari kita ubah ekonomi hidup kita. Kita tolong suami kita menambah pendapatan. Lepas ni tak perlu dah minta suami duit untuk beli barang yang kita nak....yang kita idamkan....yang kita suka

Sebab bukan mudah nak minta duit dari suami ni lebih-lebih lagi kalau suami jenis gaji cukup-cukup makan. Bukan kedekut tapi lebih kepada berjaga-jaga. Jadi,kita pun terpaksa telan air liur je bila apa yang kita idamkan terpaksa dipendamkan. Kalau kita punya duit pendapatan sendiri kita mampu untuk mendapatkan sendiri disamping boleh juga membantu suami jika ada masalah. Betul tak?

Ini lah salah satu punca kebanyakan wanita di luar sana berniaga sambilan secara online walaupun mereka sudah ada kerja hakiki. Kebanyakan mereka berniaga online untuk mendapatkan kebebasan kewangan bagi memenuhi tuntutan ekonomi mereka. Mungkin bukan sebab gaji tak cukup tetapi mungkin ada pelbagai alasan lain untuk mereka cari duit lebih


SAYA PUN SAMA SEPERTI KORANG...

MASA MULA-MULA NAK BERMULA SANGAT TAKUT...

TAKUT TAK BOLEH JUAL...

TAKUT SCRUB KOPI TAK MENJADI....

TAPI.....

Saya kuatkan semangat,saya tabahkan hati...Saya berkata "belum cuba belum tahu" saya teruskan sebab saya nak tahu apakah kesudahan percubaan saya. Adakah saya buat benda yang betul. Adakah percubaan saya berjaya...

Alhamdulillah percubaan saya berjaya dengan izin Allah. Pada mulanya sambutan kurang memuaskan sebab saya ni sedikit malas bab-bab nak promosi. Kalau tak promosi macamana orang nak kenal barang kita betul tak?? Inilah kesilapan yang saya lakukan di awal-awal saya mula berniaga scrub. Tetapi saya tetap kuatkan hati untuk teruskan dengan istiqomah. Setiap hari saya berdoa supaya apa yang saya usahakan mendatangkan hasil yang setimpal dengan tawakkal yang saya gadaikan.

Alhamdulillah scrub yang saya hasilkan mendapat perhatian dihati pengguna. Saya sedar ini baru tempias hasil sahaja Allah kirimkan buat saya buat membakar lagi semangat. Walaupun hanya tempias saya dah rasa seperti satu kejayaan yang besar buat saya kerana pada awalnya saya ragu-ragu dengan apa yang bakal saya lakukan. 

Walaupun belum ramai yang tahu kewujudan scrub kopi saya,belum ramai yang pernah cuba tetapi saya bersyukur sebab sepanjang saya menghasilkan scrub kopi organik ini belum pernah dapat satu pun "bad feedback" dari pelanggan. 100% pelanggan menyukai scrub kopi organik saya. Alhamdulillah...Allah mendengar doa saya...Allah mendengar rintihan saya supaya memelihara kesucian niat saya menghasilkan scrub ini untuk memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya bukan untuk keuntungan dan menjadi kaya raya semata.


BETULKAN NIAT

Selepas lebih 4 bulan saya jual scrub kopi secara retail timbul satu idea untuk saya berkongsi manfaat scrub kopi saya kepada mereka yang minat berniaga atau yang berniat nak menambah pendapatan tapi belum ada idea nak jual apa. Mak saya pernah cakap dulu,benda baik elok kita kongsi bersama. Bukan mak saya je cakap...ramai juga yang cakap macamni rupanya...mungkin mak diorang pun cakap macamtu juga kot kat diorang dulu...hehehe...

Dengan niat yang ikhlas saya war-warkan dimedia sosial bahawasanya saya sudi menyediakan scrub kopi organik yang terbaik untuk mereka letak atas jenama mereka sendiri dengan modal yang sangat-sangat minima yang mampu untuk semua orang. Kita sama-sama ubah kehidupan kita...sama-sama ubah ekonomi kita...Alhamdulillah...Syukur kepada Ilahi kerana dengan rahmatnya saya dipilih untuk menerima rezekiNya...ramai yang menghubungi saya untuk buat scrub atas jenama mereka dan Alhamdulillah juga mereka terus bertahan hingga hari ini untuk terus "repeat order". Testimoni boleh rujuk dibahagian menu ya...Sehingga hari ini saya masih menerima tempahan secrub kopi tanpa putus-putus...Syukur Ya Allah


PEMBEKAL STICKER/LABEL MURAH

Saya berbesar hati untuk berkongsi pembekal sticker yang murah dan mudah berurusan dengan korang semua. Bukan saya nak pancing supaya korang beli scrub dengan saya tapi ada dikalangan orang-orang yang baru nak terjun ke bidang ni terkulat-kulat nak cari orang buat sticker. Bila dapat orang buat sticker terpaksa pula ikut minimum order yang besar sampai 200pcs sedangkan nak mulakan bisnes scrub pakej paling kecil adalah 30 peket. Takkan la diorang nak tempah sticker sampai 200pcs untuk memenuhi MOQ. kesian kan?? Oleh itu saya akan rekomenkan seorang sahabat saya yang merupakan sorang pembuat sticker untuk berkerjasama dengan anda bagi menyokong niat murni saya membantu sesama kita berniaga. In Sya Allah dia akan memberikan MOQ order untuk sticker 50pcs untuk sekali order . Tapi janganlah korang minta dia buatkan sticker 10pcs,kesian dia...dia nak tolong kita tup tup dia pula terpaksa tanggung kos elektik untuk buat sticker 10pcs huhuhuhu...

Bermula dari takut-takut...tak yakin saya akhirnya berjaya menghasilkan scrub kopi yang memberi manfaat kepada semua orang. 

Kesimpulannya,kejayaan ini tidak kira masa,darjat,warna kulit,jantina dan sebagainya. Yang penting niat kita dan usaha kita untuk merebut kejayaan tersebut. Saya seorang surirumah yang menjaga 3 orang anak saya sendiri mampu melakukannya sudah pasti korang pun mampu juga. Pilihan terletak pada tangan sendiri. In Sya Allah,setiap kebaikan pasti ada kebaikan juga...Ini janji Allah

Akhir kata,terima kasih kepada semua kerana sudi membaca perkongsian ringkas mengenai scrub kopi organik saya. Kepada yang berminat boleh terus hubungi saya. In Sya Allah saya akan memberikan servis dan kualiti terbaik untuk korang semua. Rezeki hanya datang dari Allah...Wassalam...









PEMBORONG SCRUB KOPI JENAMA SENDIRI

PEMBORONG SCRUB KOPI JENAMA SENDIRI

BOSAN JUAL PRODUK ORANG LAIN???TERINGIN NAK JUAL PRODUK JENAMA SENDIRI???TAK TAHU NAK JUAL APA UNTUK CARI DUIT TEPI???TAK TAHU NAK BUAT BISNES APA YANG BOLEH BUAT DUIT???

Assalammualaikum dan Salam sejahtera saya ucapkan kepada anda yang telah bertemu blog saya ini. Blog ini direka khas untuk mereka-meraka yang mencari info @ jawapan atas persoalan di atas. Zaman sekarang adalah zaman cari duit secara online. Rata-rata masyarakat Malaysia berebut-rebut nak cari duit tepi untuk menanggung kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat rentetan kelembapan ekonomi global yang semakin mencengkam. Tidak perlu salahkan sesiapa dalam hal ini, ini adalah lumrah kehidupan,selagi kita bernafas selagi itu kita perlu mencari rezeki untuk menampung dan meneruskan kehidupan bezanya adalah cara kita mengolah jalan mencari rezeki itu.

Seperti yang diketahui umum saya adalah seorang pengeluar Scrub Organik Homemade di Malaysia. Tiada siapa yang mengikhtiraf saya sebagai sebagai pengeluar yang bertauliah dan tersohor tetapi saya telah membekalkan scrub ini selama lebih kurang setahun daripada tarikh artikel ini ditulis. Saya telah membekalkan scrub di salon-salon dan untuk peniaga kecil-kecilan terutama surirumah dan pelajar-pelajar universiti untuk mereka menambah pendapatan.

PEMBORONG SCRUB KOPI JENAMA SENDIRI

Pada mulanya saya hanya membuat scrub organik untuk jual sendiri sehinggalah suatu hari terbit idea untuk membuat scrub dengan jumlah yang lebih banyak dan membuka peluang kepada mereka yang baru ingin mencuba terjun ke bidang perniagaan. Kenapa saya buat begitu??? Kerana saya juga seperti anda semua suatu masa dulu,saya tidak punya modal yang besar untuk menjual produk sendiri sedangkan kebanyakan tawaran untuk membuat produk sendiri perlukan modal yang besar

Cita-cita nak ada produk sendiri memang pasti ada dalam hati sesiapa sahaja yang memang meminati bidang perniagaan,kerana jual produk sendiri lebih memberi kepuasan kepada kita berbanding menjual produk orang lain yang cuma makan "komisen" Tiada salah untuk jual produk orang jika kita belum mampu untuk keluarkan modal untuk "built" produk sendiri kerana satu ketika dahulu hingga kini saya masih menjual produk orang dengan tujuan untuk mempelajari dan merasai sendiri selok belok dunia perniagaan.


PEMBORONG SCRUB KOPI JENAMA SENDIRI

Dahulu saya adalah salah seorang peniaga barang kecantikan dan kesihatan secara dropship. Ada tujuan saya berniaga secara dropship...pertama saya ingin mengumpul modal kerana dropship tidak perlu modal dan yang kedua saya ingin belajar selok belok berniaga kerana saya "zero" dalam bisnes. Dulu saya nak buat "online transfer" pun saya tak pandai. Belajar selok belok berniaga ini sangat penting terutamanya part "bagaimana nak kawal pelanggan"

Berani saya katakan disini 90% peniaga baru akan kecundang jika tidak mendalami ilmu bisnes dengan hati yang tulus ikhlas. Maksud saya berniaga ni bukan campak duit modal kemudian pegang kalkulator kira untung...itu adalah difinisi yang salah. Jika anda adalah tergolong dalam orang yang seperti ini anda bukan peniaga yang sejati.

Memulakan perniagaan tidak kiralah sekecil @ sebesar manapun saiz perniagaan anda,anda perlu menyediakan bukan sahaja modal tetapi anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Bermulalah dari bawah untuk belajar erti perniagaan dan faham apa yang anda sedang lakukan. Tiada bisnes dalam dunia ni bermula dari atas...semuanya bermula dari bawah umpama lumrah kehidupan bermula dari meniarap,menjalar,merangkak,berdiri,bertatih,berjalan hinggalah berlari. Kita perlu untuk mengharungi semua langkah ini barulah kita faham erti perniagaan.

Apa yang saya tulis adalah apa yang saya lalui untuk dijadikan inspirasi kepada mereka yang baru nak mula terjun ke bidang ini. Bukan saya nak kata saya sudah berjaya sepenuhnya tetapi saya berbangga dengan apa yang saya dapat sekarang daripada "tidak tahu" kepada "tahu" tentang sesuatu dengan usaha saya sendiri. Semua ilmu saya dapatkan sendiri secara percuma di google kerana saya bukan orang senang untuk keluarkan modal pergi kelas bisnes...saya sedar masih banyak lagi ilmu yang belum saya dapat tetapi saya percaya saya masih boleh adaptasikan ilmu percuma mr.google untuk saya berjaya

Baiklah ...terasa panjang pula mukadimah saya,saya akan terus cerita tentang apa yang saya tawarkan untuk membantu anda yang betul-betul berminat untuk membuat "Scrub Organik Homemade" jenama sendiri. Ingin saya tekankan disini bahawa scrub yang saya ciptakan adalah gabungan bahan-bahan organik dan langsung tiada bahan kimia untuk tahan lama atau sebagainya. Dan saya memproses scrub secara homemade iaitu saya buat scrub ini dirumah saya...tiada kilang yang besar dengan pekerja yang beratur setiap pagi dan petang untuk "punch card"

Persoalan mengenai "SCRUB NI ADA KKM TAK?" sudah biasa saya dapat. Ada sesetengah pelanggan yang sinis dengan saya kerana saya tawarkan produk yang tiada "KKM"kepada pelanggan, maka disini saya jelaskan lebih awal dan jelas bahawa scrub saya memang tiada KKM kerana saya hanya menjalankan proses pembuatan dirumah. "HOMEMADE" tu bererti buatan tangan sendiri. 

Dan bahan-bahan yang saya gunakan adalah organik tanpa bahan kimia,selamat digunakan,tiada kesan sampingan...sehinggakan jika tertelanpun tidak akan memberi kesan yang buruk kerana bahan yang saya gunakan selamat jika tertelan tapi janganlah sengaja ambil sudu masukkan dalam mulut pula hahaha... 

Maka dengan ini kepada mereka yang nak produk yang ada KKM tempat anda bukan disini. Tapi...jika anda ada cara untuk buat KKM tidak menjadi keberatan unuk anda mohon sendiri KKM tersebut tidak menjadi masalah kepada saya. 

"BERKESAN KE SCRUB NI?"Ini pun salah satu soalan yang kerap kali saya terima daripada bakal pembeli. Oleh hal yang demikian saya telah mengumpulkan semua testimoni-testimoni yang saya dapat daripada mereka yang telahpun menggunakan scrub saya untuk tatapan orang lain. 

Bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada pelanggan lebih-lebih lagi kepada mereka yang betul-betul cerewet untuk mendapatkan hasil yang berkualiti. Tetapi semua ini adalah asam garam saya sebagai pembuat scrub, saya sudah biasa... Saya memang sangat menitikberatkan soal kualiti dan servis kerana hanya itu sahaja yang boleh menjadi kayu pengukur mengenai kredibiliti kita sebagai peniaga yang berjaya. Saya akan menunjukkan kepada anda proses pembuatan scrub sebelum urusniaga bermula...

"BAGAIMANA DENGAN HARGA PULA?"

Harga yang saya tawarkan rasanya sangat-sangat berbaloi dan mampu milik. Ada 2 cara anda boleh dapatkan scrub saya samaada anda beli secara borong(kilo-kilo) ataupun saya ada menyediakan plastik percuma untuk mereka yang berminat mengikut pakej yang disediakan. Saya menawarkan "MOQ" yang rendah untuk tidak membebankan mereka yang baru berniaga nak keluarkan modal. 

Selain itu saya juga berbesar hati berkongsi pembekal sticker/label dengan anda jika anda belum ada pembekal sticker. In Sya Allah anda boleh berurusan dengan Raihan Printing untuk membuat sticker produk jenama anda dengan tenang kerana dia adalah sahabat saya yang boleh dipercayai. Tidak salah kita berkongsi rezeki untuk menyatukan ukhwah sesama insan. Sila add dia di facebook @ boleh terus whatsapp untuk sebarang urusan.

Saya rasa cukup lengkap dah penerangan saya berkaitan "BUAT SCRUB JENAMA SENDIRI" ini. Segala urusan pembayaran boleh direct call atau whatsapp saya dan urusan penghantaran barang saya gunakan perkhidmatan pos laju . Sekiranya anda berminat untuk berurusan dengan saya anda boleh terus hubungi saya @ Whatsapp di talian 01132484182.


"FIRST STEP IS THE MOST IMPORTANT TO CHANGE YOUR LIFE"

Semoga ada sinar baru untuk anda dan kita berjumpa ditalian @ whatsapp...Saya doakan anda semua beroleh kejayaan didunia dan diakhirat...Terima Kasih...Wassalam